Tuesday, 10 January 2012

Alhamdulillah Ya Rabbi...

Alhamdulillah, Alhamdulilah, wAlhamdulillah.. Setinggi2 kesyukuran ditujukan buat DIA yang tidak memberikan  halangan dan rintangan untuk diri ini mencipta sebuah blog yang bertujuan semata2 untuk membawa diri dan pelawat blog ini kembali kepada musabab diciptakan di muka bumi Allah ini.

Terlalu banyak yang perlu disyukuri didalam kehidupan yang tentunya fana.Teramat besar nilai NIKMAT dan ANUGERAH yang Allah S.W.T. berikan kepada setiap hamba2Nya. Tetapi seberapa ramai dari kalangan hamba2Nya ini yang benar2 mengerti dan menghayati erti kesyukuran ini?

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!“Dan sememangnya sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”
(Surah As-Saba’: 13)

Berdasarkan sepotong ayat Allah Ta'ala yang Maha Agung ini, cara hambaNya menunjukkan tanda kesyukuran adalah terlalu kecil berbanding nikmat dan pemberianNya yang cukup mewah. Sejauh mana kita memandang tinggi terhadap tanda kekuasaan Allah serta tanda RahmatNya yang melimpah ruah tanpa Dia meminta apapun balasan daripada penerima, yakni hamba2nya?.. Bayangkan jikalau Allah mengambil sedikit nikmat bernafas daripada kita. Lalu mampukah kita bertahan walaupun cuma beberapa detik? Sudah pasti kita akan merintih dan merayu supaya Allah memulangkan kembali nikmat itu.Malukah kita apabila telah menyalah gunakan nikmatNya sedangkan Dia Maha Melihat atas setiap kebaikan dan keburukan yang kita lakukan, sama ada bersuluhkan cahaya mahupun dilindungi kegelapan?

Kesimpulannya, silalah kita semua merenung2kan erti kesyukuran dan kepentingannya sebagai pengukuhan HATI yang benar2 dekat dgn Allah S.W.T. Sesungguhnya kita, yakni species yang teramat istimewa, dijadikan olehNya dengan sebaik2 kejadian, adalah semata2 untuk menyembahNya dan mengimarahkan bumi Allah dengan sebaik2 perkara ditetapkan di dalam syariah. This is bcoz U R the CHOSEN ONE =)





No comments:

Post a Comment