Bismillahirrahmanirrahim... "Kaifa halukum?" (Apa khabar anda semua)
Emm, nak jawab apa ek?.. Xpe2, jom kta belajar sama2. Apabila kita disapa sedemikian, seharusnya kita menjawab "Alhamdulillah ana / nahnu bikhair" (Alhamdulillah, saya / kami sihat sejahtera)
Pastu SENYUM, barulah kelihatan mesra apabila ditegur
Senyum2 jgk, jangan pulak terlebih "sokmo",salah faham jadinya..
Alhamdulillah, semoga saya, anda yang melawat blog ini serta seluruh umat ISLAM di planet BUMI ini sentiasa berada dlm lingkungan RAHMAT dan KASIH Allah Ta'ala.. Sihat merupakan salah satu NIKMAT ALLAH kpd hamba2Nya. Untuk apa kita berada dlm keadaan sihat? Ini adalah semata2 untuk kita menjalani kehidupan yang selesa, senang dan sejahtera (3S).
Namun...
Adakah kita sedar bahawa kesenangan, keselesaan dan kesejahteraan yang kita alami setiap hari, akan berubah menjadi bosan dan merunsingkan apabila kita tidak menjadikan sesuatu sebagai TUJUAN / MATLAMAT kita..
Sebagai seorang MUSLIM, kita WAJIB menjadikan ALLAH S.W.T. sebagai matlamat yg UTAMA kerana DIA lah yang memberikan 3S itu kepada kita semua. Dengan izinNya jua kita TERPILIH untuk menjadi hambaNya yang benar2 berJIHAD di jalan Allah.
Jadi, apa yg patut kita lakukan???
Demi menjana kesihatan yang sejahtera dan diimpikan dalam kehidupan, HARUSLAH bagi kita semua untuk memberi makanan yang seimbang kepada JASAD (tubuh badan) dan HATI (rohani) ..
Tapi Camne pulak?
Macamni, senang sahaja untuk menyeimbangkan keperluan jasad dan rohani kita, apabila kita berjaya menyempurnakan kedua2nya, bererti kita berada dalam orang yang beruntung. Sihat badan, Sihat Rohani, SihatMental dan sebagainya..
Amalkan DOA Sihat tubuh badan :
Sihatkanlah BADANKU
Ya Allah,
Sihatkanlah PENDENGARANKU
Ya Allah,
Sihatkanlah PENGLIHATANKU
Tiada Tuhan Selain Engkau
Sumber Rujukan Doa :
AL-MA'SURAT Wazifah Kubra. Wirid- wirid Rasullah s.a.w. Pagi dan Petang Dilengkapi dengan Riwayat dan Fadhilah. (Susunan Hassan Al- Banna)
Bagi makanan yang seharusnya diberikan kpd jasad,
Tu dia, kuantiti nasi yang tidak berlebihan.. ditambah pulak dgn sayur yang beratur di tepi pinggan
Karbohidrat merupakan kelas makanan yang amat diperlukan oleh setiap individu. jadi, jangan lebihkan nasi, roti pun ada jgk kandungan karbohidrat
Haa! Buah2an jangan pernah diabaikan.. Makan ni dulu sblum bg laluan utk mknan lain ke dlm tekak.. InsyaAllah buah ni sbgi pelincir utk menyingkirkan kotoran
Protein diperlukan utk membantu pertumbuhan badan, membaiki dan mengganti tisu, otot dan tulang yang rosak.
Seterusnya, makanan buat HATI ialah:
membaca ayat alQuran serta terjemahannya..
menunaikan Solat Fardhu 5waktu sehari dengan penuh tawaddu' kerana KEKUATAN org Islam adalah pd SOLATnya yg Khusyuk
Sentiasa mengingati ALLAH Ta'ala dgn apapun cara.. Cara yg paling mudah adalah dgn berZIKIR..
BERSEDEKAH utk mengingatkan diri bahawa HARTA kita adalah MILIK Allah..
Berusahalah sedaya upaya untuk memenuhkan ILMU di dada. Lebih2 lg, ILMU AGAMA..
Ingatlah bahawa, setiap pemBERIan adalah PINJAMAN Allah buat hamba2Nya.. Tidak satu pun MILIK kita yang kekal abadi.. Segala2nya pasti kembali kepada Penciptanya, yakni ALLAH S.W.T.
(إنا لله و إنا إليه راجعون)
"To Allah we belong and unto Him is our return". Is said immediately upon hearing of the death of a Muslim.
Bersyukurlah kerana saya, anda dan seluruh manusia di muka Bumi ini adalah org2 yg trpilih utk menjadi yang TERBAIK di kalangan yg TERBAIK..
Wallahualam ...